Terus ke kandungan
KawasanLiputan Kuala Lumpur

Peguam Hartanah Kuala Lumpur

Kami mengendalikan urusan hartanah di Kuala Lumpur: subsale, pindah milik, dokumentasi pinjaman, dan pentadbiran pusaka bagi hartanah dalam Wilayah Persekutuan.

WhatsApp kami Kira anggaran yuran
8+ tahun
Pengalaman guaman
Wilayah Persekutuan
Kawasan pentadbiran
SRO 2023
Asas pengiraan yuran
Klang Valley
Kawasan liputan
Garis langit Kuala Lumpur
Jawapan pantas

Peguam hartanah Kuala Lumpur menguruskan carian hakmilik, duti setem dan pendaftaran pindah milik untuk hartanah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan, bukan sebahagian daripada Selangor. Pendaftaran hakmilik dikendalikan melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, bukan pejabat tanah daerah Selangor. Cukai pintu dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kadar duti setem dan CKHT adalah persekutuan, jadi ia sama seperti di Selangor.

Liputan peguam hartanah Kuala Lumpur

Kawasan liputan dan pejabat tanah untuk peguam hartanah Kuala Lumpur

Kami mengendalikan urusan hartanah di Kuala Lumpur, termasuk subsale, pindah milik, dokumentasi pinjaman dan pentadbiran pusaka.

Peguam hartanah Kuala Lumpur: pihak berkuasa tanah yang berbeza

Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan dan bukan sebahagian daripada Selangor. Pendaftaran hakmilik dikendalikan melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, bukan melalui pejabat tanah daerah Selangor.

Ini bermakna prosedur, borang dan fi pendaftaran berbeza daripada urusan Selangor, walaupun undang-undang asasnya sama di bawah Kanun Tanah Negara.

Apa yang tidak berubah

Duti setem dan cukai keuntungan harta tanah adalah cukai persekutuan. Kadar dan pengiraannya sama sama ada hartanah di Kuala Lumpur atau di Selangor. Yuran guaman conveyancing juga sama kerana ia ditetapkan di bawah Perintah Saraan Peguamcara 2023.

Tahukah anda

Dalam stok lama di bandar, sebahagian pemilik hanya mendapati hakmilik masih atas nama pemaju apabila mereka hendak menjual. Semak status hakmilik sebelum harga ditetapkan.

Hartanah strata bandar

Kebanyakan urusan hartanah di Kuala Lumpur melibatkan hakmilik strata. Perkara yang paling kerap melambatkan urusan ialah caj penyelenggaraan tertunggak dan kelewatan mendapatkan pengesahan daripada badan pengurusan.

Kami minta penyata caj penyelenggaraan awal supaya tunggakan, jika ada, diselesaikan sebagai sebahagian daripada penyempurnaan dan bukan menjadi pertikaian selepas kunci diserahkan.

Pembeli bukan warganegara

Bagi pembeli bukan warganegara, dua perkara perlu disemak awal: had harga minimum yang terpakai di wilayah berkenaan, dan sama ada hakmilik mempunyai sekatan yang memerlukan kebenaran sebelum pindah milik boleh didaftarkan. Duti setem pindah milik bagi bukan warganegara juga dikenakan pada kadar rata yang lebih tinggi.

Semakan yang patut dibuat sebelum membeli di Kuala Lumpur

Carian rasmi hakmilik adalah langkah pertama, dan ia sepatutnya dibuat sebelum apa-apa perjanjian ditandatangani. Carian menunjukkan pemilik berdaftar, jenis hakmilik sama ada pegangan bebas atau pajakan, baki tempoh pajakan, sekatan kepentingan, gadaian dan kaveat.

Semak kedudukan cukai tanah dan cukai pintu. Pindah milik tidak akan didaftarkan selagi cukai tanah ada tunggakan, dan cukai pintu perlu bersih sebelum penyerahan.

Bagi hartanah strata di Kuala Lumpur, minta penyata akaun penyelenggaraan awal. Tunggakan perlu dijelaskan sebelum badan pengurusan mengeluarkan surat sokongan, dan penyata itu kadangkala mengambil beberapa minggu untuk dikeluarkan.

Kalau hakmilik individu atau strata masih belum dikeluarkan, pindah milik dibuat melalui penyerahan hak dan memerlukan kebenaran pemaju. Semak status ini sebelum deposit dibayar, bukan selepas.

Kawasan yang kami liputi di Kuala Lumpur

Kami ada halaman berasingan untuk kawasan Kuala Lumpur yang paling kerap kami uruskan:

Untuk hartanah di luar Wilayah Persekutuan, lihat halaman Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Berurusan dengan kami untuk hartanah di Kuala Lumpur

Kebanyakan urusan tidak memerlukan anda datang ke pejabat berulang kali. Dokumen boleh dihantar secara elektronik untuk semakan awal, dan pertemuan fizikal biasanya diperlukan hanya untuk menandatangani dokumen utama.

Beritahu awal kalau waktu kerja anda ketat, supaya sesi tandatangan boleh disusun pada masa yang anda boleh hadir. Urusan yang tergantung kerana satu tandatangan adalah kelewatan yang paling senang dielakkan.

Bagi urusan pusaka yang melibatkan beberapa waris, kami cadangkan satu orang dilantik sebagai penghubung utama. Menghantar dokumen yang sama kepada lima orang secara berasingan adalah punca kelewatan yang kerap berlaku.

Kos dan tempoh untuk urusan di Kuala Lumpur

Yuran guaman conveyancing ditetapkan oleh Perintah Saraan Peguamcara 2023, bukan oleh firma. Bermakna yuran untuk hartanah pada harga yang sama adalah sama di mana-mana firma, dan perbandingan sebenar adalah pada perkhidmatan, bukan pada harga.

Kadar duti setem pindah milik adalah berperingkat, dan ia dikira atas nilai pasaran atau harga belian, mengikut yang lebih tinggi. Ada pengecualian untuk pembeli rumah pertama sehingga had harga yang ditetapkan.

Selain yuran dan duti setem, peruntukkan kos pejabat tanah seperti carian rasmi dan fi pendaftaran, serta kos pihak ketiga seperti surat sokongan badan pengurusan strata. Kalkulator yuran di laman ini memberi anggaran awal sebelum anda menetapkan bajet.

Bagi urusan subsale yang dibiayai bank, tempoh biasa adalah tiga hingga empat bulan dari tandatangan sehingga hakmilik bertukar nama. Urusan pusaka mengambil masa lebih panjang dan bergantung kepada laluan yang terpakai.

Nak kepastian untuk kes anda sendiri?
Setiap urusan ada butiran yang berbeza. Hantar butiran ringkas, kami beritahu apa yang terlibat.
WhatsApp kami

Urusan subsale di Kuala Lumpur: apa yang berlaku pada setiap peringkat

Carian dan perjanjian. Carian rasmi dibuat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan menunjukkan pemilik berdaftar, jenis hakmilik, gadaian dan kaveat. Perjanjian jual beli kemudian disediakan dan deposit dipegang sebagai wang jaminan. Lihat urusan pembeli.

Dokumentasi pinjaman. Bank mengeluarkan surat tawaran dan dokumen gadaian disediakan selepas perjanjian ditandatangani. Bagi unit yang baru menerima hakmilik strata, bank kadangkala meminta salinan hakmilik yang belum sampai kepada pemilik.

Setem. Borang pindah milik dan dokumen gadaian dibentangkan untuk taksiran duti setem. Duti pindah milik dikira atas nilai pasaran atau harga belian, mengikut yang lebih tinggi. Bagi pembeli bukan warganegara, kadar rata yang lebih tinggi terpakai dan had harga minimum perlu disemak dahulu.

Pelepasan gadaian penjual. Bank penjual mengeluarkan penyata penyelesaian dan pelepasan gadaian. Dalam pasaran bandar, penjual kerap mempunyai lebih daripada satu kemudahan atas hartanah yang sama, dan setiap satu perlu dilepaskan.

Surat sokongan, pembentangan dan pendaftaran. Bagi hartanah strata, surat sokongan badan pengurusan diperlukan. Bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan, kebenaran perlu diperoleh sebelum pembentangan. Selepas itu dokumen dibentangkan untuk pendaftaran dan hakmilik bertukar nama.

Kalau anda menjual hartanah di Kuala Lumpur

Dapatkan penyata penyelesaian daripada bank anda sebelum menetapkan harga. Baki pinjaman dan caj penyelesaian awal menentukan berapa banyak daripada harga jualan yang sampai kepada anda.

Jelaskan tunggakan caj penyelenggaraan dan cukai pintu awal. Surat sokongan badan pengurusan tidak akan dikeluarkan selagi akaun belum bersih, dan tanpa surat itu pembeli tidak boleh menyempurnakan urusan.

Semak sama ada hakmilik individu atau strata sudah dikeluarkan dan berada atas nama anda. Dalam stok lama di bandar, sebahagian pemilik hanya mendapati hakmilik masih atas nama pemaju apabila mereka hendak menjual.

Kalau hartanah disewakan, tetapkan dalam perjanjian bila penyewa keluar dan siapa memulangkan deposit sewa. Lihat urusan penjual untuk senarai langkah yang kami kendalikan.

Dokumen yang biasanya kami minta

Salinan hakmilik strata atau hakmilik individu. Kad pengenalan atau pasport setiap pemilik berdaftar. Penyata akaun caj penyelenggaraan dan kumpulan wang penjelas. Bil cukai pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Bil cukai tanah. Surat tawaran pinjaman. Penyata penyelesaian bagi setiap gadaian yang masih berdaftar atas hakmilik.

Bagi pembeli bukan warganegara, kami juga minta salinan pasport dan butiran status pemastautin, kerana kedua-duanya mempengaruhi kadar duti setem dan keperluan kebenaran.

Senarai sebenar bergantung kepada jenis urusan dan disahkan selepas kami melihat hakmilik.

Kata klien kami

I appointed them to handle my parents property matter and everything was handled smoothly and professionally. She explained everything clearly, was very patient with all of our questions and kept us updated throughout the process.

Athirah Azham · Google

Patient, takes the time to explain every term and procedure in detail, and has been very efficient in providing timely updates throughout the process. Whether you are purchasing a home for the first time or have been through the process before.

Aifa Azmi · Google

Excellent service throughout my property transfer transaction. The conveyancing team was professional, responsive, and efficient, keeping me informed at every stage.

Marina Mardi · Google

Penarafan 5.0 daripada 9 ulasan Google.

Maklumat tempatan untuk peguam hartanah Kuala Lumpur

  • Kuala Lumpur adalah Wilayah Persekutuan. Pendaftaran pindah milik dan gadaian dikendalikan melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
  • Cukai pintu dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan tunggakan perlu dijelaskan sebelum penyerahan hartanah.
  • Duti setem dan cukai keuntungan harta tanah adalah cukai persekutuan, jadi kadarnya sama seperti di Selangor.
  • Fi pendaftaran dan prosedur pejabat tanah di Wilayah Persekutuan berbeza daripada Selangor. Kami sahkan jumlah semasa apabila fail dibuka.
  • Had harga minimum bagi pembelian oleh warga asing ditetapkan berbeza mengikut negeri dan wilayah. Ia perlu disemak terhadap dasar semasa sebelum tawaran dibuat.

Pejabat kami

No 1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

WhatsApp kami di 014-4004293. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Soalan lazim tentang peguam hartanah Kuala Lumpur

Beza urusan hartanah KL dengan Selangor?

Yang berbeza ialah pihak berkuasa tanah dan pihak berkuasa tempatan. Duti setem dan CKHT adalah cukai persekutuan, jadi angkanya sama. Fi pendaftaran dan prosedur pejabat tanah pula berbeza.

Perlukah kebenaran pindah milik untuk hartanah KL?

Bergantung kepada syarat pada hakmilik. Sesetengah hakmilik ada sekatan kepentingan yang memerlukan kebenaran pihak berkuasa. Ia disemak dalam carian hakmilik.

Boleh firma di Selangor uruskan hartanah di KL?

Boleh. Peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya boleh bertindak bagi hartanah di seluruh Semenanjung. Pemfailan dibuat di pejabat pendaftaran yang berkenaan.

Saya warga asing dan mahu membeli kondominium di Kuala Lumpur. Apa yang perlu disemak dahulu?

Dua perkara. Pertama, had harga minimum yang terpakai di Wilayah Persekutuan. Kedua, sama ada hakmilik mempunyai sekatan yang memerlukan kebenaran sebelum pindah milik boleh didaftarkan. Lihat urusan pembeli warga asing. Kadar duti setem pindah milik bagi bukan warganegara juga lebih tinggi.

Hakmilik strata unit saya baru dikeluarkan tetapi masih atas nama pemaju. Apa perlu dibuat?

Perfection of transfer perlu diselesaikan supaya hakmilik bertukar kepada nama anda. Kalau hartanah masih bergadai, gadaian bank juga perlu didaftarkan atas hakmilik itu. Mulakan sebelum anda bersetuju menjual, bukan selepas.

Duti setem dikira atas harga belian atau atas nilaian?

Atas nilai pasaran atau harga belian, mengikut yang lebih tinggi. Kalau harga yang dirundingkan lebih rendah daripada nilaian, duti dikira atas nilaian dan anda perlu menyediakan bayaran berdasarkan jumlah itu.

Hartanah saya pegangan pajakan dengan baki kira-kira enam puluh tahun. Adakah ia menjejaskan jualan?

Ia menjejaskan pembiayaan lebih daripada pendaftaran. Bank mengehadkan tempoh pinjaman berdasarkan baki pajakan, jadi sebahagian pembeli tidak layak mendapat tempoh yang mereka jangka. Pendaftaran pindah milik itu sendiri tidak terjejas.

Bersedia untuk mulakan urusan hartanah anda?

Konsultasi awal tiada obligasi. Terangkan urusan anda, kami beritahu apa yang terlibat dan berapa anggaran kosnya.

No 1, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
014-4004293 · Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang

SEO optimized by Lesgo Media