Terus ke kandungan

Tentang Firma

Firma guaman yang memberi tumpuan kepada hartanah, pusaka, korporat dan litigasi sivil. Beroperasi dari Setia Alam, Shah Alam, melayani Klang Valley.

Nabila Aris & Co. adalah firma guaman yang memberi tumpuan kepada urusan hartanah, pentadbiran pusaka, korporat dan litigasi sivil. Kami beroperasi dari Setia Alam, Shah Alam dan melayani klien di seluruh Klang Valley.

Sejarah firma

Firma ini pada asalnya ditubuhkan sebagai Nabila Ahmad Zikri & Co. pada 15 September 2020. Selepas hampir lima tahun beroperasi, firma bertukar kepada nama semasa berkuat kuasa 1 Januari 2025. Perubahan nama tidak mengubah cara kami bekerja atau standard perkhidmatan yang kami berikan.

Cara kami bekerja

Kami percaya bahawa kebanyakan kerisauan klien dalam urusan hartanah berpunca daripada tidak tahu apa yang sedang berlaku. Kerana itu kami memberi maklum balas secara berkala, dan menerangkan setiap peringkat sebelum ia berlaku, bukan selepas.

Kami juga menerbitkan panduan dan kalkulator di laman ini supaya orang ramai boleh memahami kos dan proses sebelum mereka terikat dengan apa-apa. Yuran conveyancing ditetapkan secara statutori, jadi tiada sebab untuk merahsiakannya.

Bidang amalan

  • Hartanah: transaksi subsale, pertukaran nama pada dokumen hakmilik, perfection of transfer dan charge, dokumentasi pinjaman termasuk LPPSA
  • Pusaka: Surat Kuasa Mentadbir, pembahagian pusaka kecil, probet, pengagihan harta pusaka
  • Korporat: perjanjian pemegang saham, surat ikatan amanah, perjanjian pelaburan, khidmat nasihat guaman berkala untuk syarikat termasuk secara retainer bulanan
  • Litigasi sivil: permohonan garnishee, permohonan pencelah, kes kecuaian perubatan

Regulasi

Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, dikawal selia di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Bersedia untuk mulakan urusan hartanah anda?

Konsultasi awal tiada obligasi. Terangkan urusan anda, kami beritahu apa yang terlibat dan berapa anggaran kosnya.

No. 4, Jalan Setia Impian U13/3D, Setia Impian 3, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
014-9723468 · 014-4004293 · Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 6:00 petang